Resepi Asam Pedas Rusuk Kambing

1 kilo rusuk kambing/daging kari/tetelan
1 ibu jari halia – diketuk
Sedikit garam

BAHAN KISAR
30-40 tangkai cili kering – rendam dalam air panas
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 ibu jari halia. }
1 ibu jari kunyit hidup. } anggaran je, terpulang
1 ibu jari belacan. } ikut citarasa
1 sudu makan lada hitam biji

2 batang serai – diketuk
6-7 daun limau
1-2 helai daun kunyit – disiat2 atau digunting2
4-5 keping asam gelugor (asam keping)
4-5 biji kentang – dipotong empat
2 biji tomato – dipotong baji
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA2NYA:-
1. Rebus rusuk kambing dengan halia hingga empuk. Kecilkan api. Jangan banyak sangat air rebusan nanti kuah jadi cair.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan2 kisar, serai, daun kunyit & daun limau. Tumis hingga rempah jadi garing, wangi & keluar minyak. Kacau supaya tak hangus.

3. Bila rempah dah garing, masukkan ke dalam periuk rusuk kambing tadi. Besarkan api dan kacau rata.

4. Masukkan kentang, garam secukup rasa dan asam gelugor. Didihkan kuah dengan api sederhana hingga kentang empuk.

5. Akhir sekali, masukkan tomato baji. Kacau dan biarkan kuah mendidih sekejap. Tutup api. Siap… 👌

** Kuah mesti ada rasa masam sikit baru sedap. Kalau kurang masam, tambahkan lagi asam gelugor

      Selera Box
      Logo
      Reset Password
      Compare items
      • Total (0)
      Compare
      0