Resepi Ayam Bakar Madu Versi Pasar Malam

Kepak ayam madu yang di jual di pasar malam mempunyai aroma yang cukup menyelerakan. Warnanya yang kemerah-merahan selepas di bakar membuatkan pelanggan akan membeli dalam kuantiti yang banyak.

Selain pasar malam,ada juga peniaga yang menjual di gerai tepi jalan atau kawasan perumahan. Setiap pembelian akan di sertakan dengan sos pencicah samada sos lada hitam atau sos cili biasa.

Kini,pelanggan boleh mencuba sendiri membakar ayam madu di rumah. PESREMPAH ada mengeluarkan rempah ayam madu untuk 1 atau 2 ekor ayam. Kesemuan ramuaanya adalah lengkap dan pelanggan hanya perlu memerap ayam dalam jangkamasa 3 atau 4 jam sahaja.Lagi lama lagi sedap dan terasa rempahnya.

Pelanggan juga boleh membuat pelbagai menu masakan berasaskan rempah ini. Boleh di cuba dengan makanan laut seperti ikan, sotong dan juga udang.

Pesrempah juga ada memberikan peluang perniagaan kepada peniaga yang hendak menjual kepak ayam madu.Mereka akan membekalkan rempah untuk jualan peniaga. Sudah pasti akan menjimatkan masa peniaga untuk menyediaakan bahan-bahan utama.

Selain kepak,ada juga bahagian lain turut di jual seperti tongkeng,peha dan juga rangka ayam. Rempah ayam madu kurang sesuai untuk bahagian isi kerana ramuannya tidak di serap sehingga sampai ke tulang ayam. Jika hendak menyalut seekor ayam,pelanggan boleh mengelar bahagian yang tebal atau mencucuk ayam dengan menggunakan garfu.

Bagi yang hendak membuat sendiri bolehlah menggunakan resepi ayam madu di bawah.

No.Bahan-BahanKuantiti
1 Ayam20 ketul
2Serbuk Cili2 sdb
3Gula5 sdb
4Garam2 sdk
5Cukup rasa1 sdb
6Serbuk Lada Hitam1 sdk
7Madu2sdb
8Ajinomoto1/2 sdk
sdb=sudu besar / sdk = sudu kecil

Cara Membakar Ayam Bakar Madu

  1. Kesemua bahan di masukkan di dalam satu bakar dan di adun sehingga sebati.
  2. Ayam yang siap di bersihkan dan di potong di campurkan ke dalam rempah ayam tersebut.
  3. Perap ayam sekurang-kurangnya 3 atau 4 jam.
  4. Bagi ayam yang beku,perlu di cairkan terlebih dahulu supaya isi masak dengan sekata.
  5. Ayam boleh di bakar menggunakan pemanggan ajaib, arang ataupun oven.
Jika menggunakan oven,ayam di bakar dengan suhu 200 darjah celcius dengan masa 60 minit. Selepas itu terbalikkan bahagian ayam atas dan bawah dengan tambahan 10 minit setiap bahagian. Gunakan api atas dan bawah semasa pembakaran pertama dan api atas sahaja untuk kesan garing di bahagian kulit.

Ayam siap di makan bersama dengan sos pencicah lada hitam.

Kredit resepit : Nieza Rahim

      Selera Box
      Logo
      Reset Password
      Compare items
      • Total (0)
      Compare
      0