Resepi Biskut Lotus Biscoff Cheesecake Tanpa Perlu Di Bakar Dengan Oven

Cheesecake yang menggunakan biskut lotus biscoff telah mendapat permintaan tinggi dari para pelanggan. Apatah lagi bagi peminat kek keju pasti hendak mencuba kesedapan kek tersebut. Dengan biskut yang mempunyai rasa karamel semestinya memberikan rasa yang berbeza sekali.

No.Bahan-BahanKuantitiHarga ProdukHarga Kos
Base
1.Butter unsalted125g
2Biskut lotus biscoff15 kepingRM25.90 (25 kpg)
Cream Cheese Filling
3Cream cheese400g
4Whipping cream125g
5Gula Aising2 Tsp
6Esen Vanilla1 Tsp
7Lotus biscoff spread2 Tbs
Topping
8Lotus biscoff spread190g
8Biskut lotus biscoff3 Keping

CARA-CARA MEMBUAT KEK LOTUS BISCOFF

BASE

  1. Hancurkan biscuits lotus tu ( masuk dlm plastic,ketuk2 sampai hancur guna lesung batu ) sampai dia jadi semi fine.masukkan dlm bowl & letak tepi.
  2. Cairkan butter dlm pan, then masukkan biscuits yang hancur tu dlm butter yang dah cair tadi..
  3. mix it up,then masukkan dlm loyang yg dh lapik parchment paper tu..
  4. tekan2 biscuits bits tu sampai betul2 padat sebab base dia kena kuat..
  5. Masukkan dlm freezer for 1 hour ke sejam setengah camtu atau sampai dia keras..sambil tu buat cream cheese filling..🌹

CREAM CHEESE FILLING

  1. Pukul cream cheese sampai kembang..
  2. then masukkan vanilla essence, icing sugar & biscoff spread tu..
  3. pukul lagi sampai sebati..letak tepi..
  4. Pukul whipping cream sampai kembang..
  5. then satukan dgn cream cheese tadi n mix sampai sebati je..
  6. Cairkan lotus biscoff spread ( 190gm ) tu..api kecil and kacau sentiasa..basically cairkan je..sampai cair.
  7. letak tepi biar sejuk sikit..
  8. Lepas base dah keras, bawa keluar from freezer, tuang cream cheese filling kt atas base tu and ratakan..
  9. lepas dah ratakan, masuk dlm fridge kt bwh tu je..chill dlm 3 ke 4 jam camtu..
  10. lepas 3 jam, keluarkan from fridge and tuang biscoff spread yg dh cair tu kt atas cream cheese.
  11. sekatakan lapisan biscoff tu.. masuk dlm fridge balik untuk sejam 2 lagi..
  12. then bawa keluar, and taburkan balance biscuits yg kita dh hancurkan awal2 tu..
  13. tabur tu depends pada cara masing2 la.. nk penuh ke,half ke, mcm mana pun boleh..
  14. then kalau ada biscuit tu, letak laa kt tgh cake tu kalau nak letak..tak nak pun tak pe

Tags:

      Selera Box
      Logo
      Reset Password
      Compare items
      • Total (0)
      Compare
      0