Resepi Coney Dog Ala A&W

Coney Dog merupakan menu yang popular di A&W. Roti Sosej ini sedap jika di nikmati bersama dengan air signature mereka, RB Float. Penulis selalu singgah restoren A&W yang terletak di OBR Ayer Keroh. Di sana terdapat 2 pilihan iaitu Beef Coney atau Chicken Coney.

Rupanya sama sahaja seperti roti Hot Dog. yang membezakannya adalah tambahan seperti daging cincang dan juga sos dengan taburan hirisan bawang di atasnya. Sosej yang digunakan juga adalah dari jenis yang tebal berbanding biasa.

Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai bolehlah mencuba resepi ini di rumah. Atau mereka yang tinggal di kawasan berdekatan dengan Restoren A&W.

RESEPI CONEY DOG

No.BahanKuantiti
1Daging Kisar Ramly1 Bungkus
2Bawang Putih di tumbuk halus4 Ulas
3Bawang Besar di potong dadu1 biji
4Bawang Holland potong dadu1 Biji
5Serbuk Kari Daging1 Pek
6Chili Flakes2 SK
7Sos Cili3 SB
8Sos Tomato6 SB
9GaramSecukup Rasa
10GulaSecukup Rasa
11Lada Hitam2 SK
12Sosej6-8 Ketul
13Keju CheddarParut di Atas
14Roti6-8 Biji

CARA PENYEDIAAN CONEY DOG

  1. Tumis dahulu bawang putih dan bawang besar dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan kecuali Bawang Holland, Sosej,Keju Cheddar dan Roti.
  3. Untuk lagi pedas boleh masukkan chili flakes atau serbuk kari yang jenis pedas.
  4. Masak di atas periuk dengan api perlahan untuk menjadikan daging lembut dan sebati dengan kuah.
  5. Untuk Sosej juga boleh di kukus atau di panggang di dalam Oven. Ini dapat mengelakkan sosej menjadi kecut jika di goreng.
  6. Roti juga boleh di kukus sekejap untuk menjadikan roti ini lembut.
  7. Potong roti di bahagian tengah dan letak sosej yang siap di masak.
  8. Curahkan kuah tadi sehingga menutupi sosej tersebut.
  9. Taburkan hirisan bawang holland di atasnya.
  10. Parut Keju Cheddar dan boleh dimasukkan sekejap ke dalam oven untuk mencairkan keju tersebut.
  11. Boleh juga di tambah dengan Sos Mustard,Sos Cili atau di tabur dengan Chili Flakes mengikut kesukaan anda.

Hidangkan Coney Dog bersama dengan air A&W Root Beer yang di letakkan bersama Satu Scoop Ais Krim Vanilla.

      Selera Box
      Logo
      Reset Password
      Compare items
      • Total (0)
      Compare
      0