Resepi Ikan Celup Tepung Yang Rangup Guna Ikan Segar

Makan ikan celup tepung adalah satu kemestian apabila anda bercuti ke Negeri Terengganu. Tidak kira anda singgah di Kemaman, Marang atau Kuala Terengganu pasti ada gerai yang menjual menu tersebut.

Gerai ICT di Terengganu

  • Gerai Pak Nong
  • Warung Aziz Sattar
  • Warung Lesung Batu
  • Restoren Nelayan Paka
  • Firdausy Seafood Corner
  • Gerai Wan Su Di Pantai Penarik

Jika di Kuantan ada juga kedai makan yang menyediaakan juadah sebegini.Antaranya seperti Gerai Mok Na & Celup Tepung Hujung Tanjung. Antara penyebab makanan ini popular di sini kerana sumber makanan laut yang segar mudah di dapati di sini. Banyak nelayan yang menawarkan aneka hasil laut dengan harga berpatutan.

Ada diantara gerai ini menggoreng selepas kita memilih ikan yang hendak di makan. Sudah pasti rasanya lebih segar cuma kena dengan harganya pula.

Ikan selayang dan juga ikan kembung merupakan jenis ikan yang selalu di goreng dengan tepung. Ada juga makanan laut yang lain seperti Udang, Sotong dan juga Ketam. Sambil menjamu selera dengan hembusan angin pantai memang aktiviti yang cukup santai sekali.

Selain itu,ada juga disediaakan menu lain terutama sekali keropok lekor, satar dan juga otak-otak. Ada perbezaan di antara otak-otak Kempas dan juga versi Pantai Timur.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk bercuti di sini boleh juga menyediaakan menu ini di rumah sahaja. Dapatkan ikan laut yang segar dan anda boleh membuat Ikan Celup Tepung versi Terengganu.

Bahan-Bahan Untuk ICT Terengganu

  • Sepaket tepung beras cap gajah 3 ekor
  • 2 biji telur ayam
  • 3 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu besar air kapur
  • Garam secukup rasa
  • Air ais – agak-agak tepung tu tak cair & tak pekat
  1. Satukan tepung beras,serbuk kunyit & garam ke dalam satu bekas.Selepas itu digaul sehingga sebati
  2. Masukkan air ais mengikut kepekatan yang sesuai.Ia bertujuan supaya tepung menjadi lebih rangup
  3. Selepas itu masukkan telur dan air kapur dan di kacau sehingga sebati.
  4. Goreng menggunakan minyak banyak dengan api yang sederhana.Minyak hendaklah panas supaya ikan bersalut tepung menjadi kerak yang cantik.

      Selera Box
      Logo
      Reset Password
      Compare items
      • Total (0)
      Compare
      0