Resepi Kek Kukus Coklat Moist Rahmah Rosmin

Kek Coklat Moist ini menggunakan bahan yang mudah di cari. Bukan itu sahaja,ianya boleh di masak tanpa menggunakan oven seperti kek yang lain. Kek ini amat di gemari oleh semua orang kerana kaya dengan rasa coklat dan begitu lembut sekali.

No.Bahan-BahanSukatan
1Telur3 Biji
2Gula1 Cawan
3Susu Cair1 Cawan
4Minyak Masak1 Cawan
5Serbuk Koko1 Cawan
6Susu Pekat1/2 Cawan
7Esen Vanilla1 SK
Bahan A

Blender semua bahan di atas sehingga sebati. Anggaran masa 3-4 minit.

No.Bahan-BahanSukatan
1Tepung Gandum1 1/4 Cawan
2Baking Powder1 SK
3Soda Bikarbonat1SK
Bahan B

Ayak semua Bahan B.

CARA-CARA PENYEDIAAN KEK COKLAT MOIST

  • Tuangkan Bahan A ke dalam bekas Bahan B. Kacau sehingga sebati.
  • Sapu sedikit marjerin ke atas loyang yang berukuran 8 x 8 inch.
  • Selepas itu tuangkan adunan ke dalam loyang tersebut.
  • Kukus Kek Coklat selama 50 hingga 60 minit. Gunakan apis sederhana sahaja.

Penyediaan Bahan Topping

  • Dark Coklat Beryls atau coklat masakan
  • Sedikit susu cair
  • Sedikit minyak masakan
  • Cairkan semua bahan menggunakan teknik double boil.
  • Tunggu sehingga kek sejuk dahulu sebelum menuang bahan topping tersebut.
  • Boleh deko dengan menggunakan coklat rice, chip coklat mengikut selera masing-masing.

Kredit resepi Puan Rahmah Rosmin

      Selera Box
      Logo
      Enable registration in settings - general