Resepi Kuih Lopes Dan Gula Melaka

Bahan-bahan:
2 cawan pulut ( nak sedap guna pulut susu )
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan
1/2 s/k air kapur makan
1/2 s/k garam
Beberapa titis pewarna hijau
Kelapa parut putih gaul dengan sedikit garam..untuk salut

Air kapur bertujuan supaya pulut menjadi kenyal dan tidak terlerai semasa proses memotongnya.

Cara-cara:

Bersihkan beras pulut,rendam pulut dengan air,pewarna hijau dan air kapur selama 4-5 jam
Sementara itu kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air,ketepikan dulu
Kemudian toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang
Lepas itu masukkan santan cair,garam dan air daun pandan,gaul rata
Bila air kukusan dah betul2 mendidih, boleh lah di kukus selama 20 minit,keluarkan loyang,gaul rata pulut hingga sebati
Kemudian kukus lagi selama 30 minit sehingga pulut masak,setelah pulut masak,masukkan ke dalam bekas plastik 4 segi atau bulat,tekan adunan pulut bagi padat dengan plastik atau pun senduk,sejukkan
Bila pulut dah sejuk,tekapkan dgn acuan yang di sukai ( nak balut dgn daun pisang pon boleh,lagi sedap dan wangi bau kuih )

Bahan-bahan untuk air gula
3 ketul gula melaka
5 s/b gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan di simpul
Satukan ke semua bahan dalam kuali atau periuk,masak hingga gula larut,mendidih dan sedikit pekat,tutup api

      Selera Box
      Logo
      Reset Password
      Compare items
      • Total (0)
      Compare
      0