Resepi Nasi Kari Jepun

Nasi Kari Jepun adalah berbeza dengan masakan kari melayu. Ianya dihidangkan bersama dengan ayam bahagian dada yang di hiris nipis dan di salut dengan serbuk roti. Walaupun pekat,karinya tidak manis dan kurang berempah seperti kari kita.

Daging panggang atau Ayam goreng Karaage/ Katsu akan di masak berasingan.

Bahan-Bahan Nasi Kari Jepun

NoBahan-BahanSukatan
1Minyak Masak2SB
2Bawang Holland2 Biji
3Lobak di dadu1 Biji
4Air4 Cawan
5Kentang di dadu2 Bij9
6Epal di parut1 Biji
7Garam2 SK
8Serbuk kari2SK
9Kiub Ayam1 Kiub
Kumpulan A (kuah kari)

No.Bahan-BahanSukatan
1Mentega3 SB
2Tepung Gandum3SB
3Serbuk kari2SB
4Kicap Manis1SB
5Sos Tomato1SB
6Lada Hitamsecukup rasa
Kumpulan B (kari Roux)
  • Kumpulan A:
  • 1. Panaskan minyak masak ke dalam periuk dan tumis bawang besar hingga kuning keemasan dan masukkan lobak
  • 2. Masukkan 4 cawan air dan kiub ayam ke dalam periuk
  • 3. Masukkan kentang, epal parut dan serbuk kari
  • 4. Didihkan selama 20 minit, api kecil sederhana * Sementara menunggu sos mendidih terus ke no.5
  • 5. Sediakan Curry Roux, cairkan mentega ke dalam kuali dan masukkan tepung gandum, gaul rata dengan api kecil hingga sederhana
  • 6. Masukkan selebihnya bahan dalam Kumpulan B 1 demi 1 ke dalam kuali
  • 7. Ambil kira-kira 2 – 4 sudu besar sos kari dari periuk dan masukkan ke dalam kari roux untuk melembutkan roux
  • 8. Setelah semuanya sebati, tambahkan keseluruhan roux ke dalam periuk kari, ingat untuk terus kacau untuk mengelakkan gumpalan roux
  • 9. Didihkan dengan api sederhana sehingga kepekatan yg anda mahukan.
  • 10. Hidangkan kari dengan nasi suam dan protein pilihan seperti daging panggang atau Ayam goreng Karaage/ Katsu

Resepi ini di kongsi oleh puan Fatimah Joe Lee 

      Selera Box
      Logo
      Enable registration in settings - general