Resepi Satar Ikan Terengganu

Satar Ikan adalah menu yang wajib anda cuba jika melancong ke Pantai Timur. Isi ikan yang di campur dengan kelapa memang sedap sekali. Apatah lagi Satar ini di balut dengan daun kelapa dan di panggang di atas bara arang kayu pasti membangkitkan aroma makanan ini.

Kebanyakan gerai yang menjual Satar Ikan terletak berdekatan dengan pantai. Ianya enak di makan begitu sahaja atau di jadikan sebagai lauk ketika menikmati nasi putih. Anda boleh mencuba sendiri resepi ini di rumah kerana bahan-bahannya cukup mudah di sediaakan.

NoBahan-BahanKuantiti
1Ikan Selayang1 Kg
2Kelapa Parut1/2 biji
3Telur Gred A1 biji
4Bawang Besar1 biji
5Halia1 Inci
6Cili Kering3 Sudu Besar
7Daun Kesom1 Tangkai
8Minyak Masak2 Sudu
9GaramSecukup Rasa
10GulaSecukup Rasa

Cara Memasak Satar Ikan

  1. Ikan selayang di pisahkan dari tulang dan isinya. Kemudian isinya di tumbuk kasar.
  2. Bawang Besar, bawang putih dan halia di kisar halus.
  3. Selepas itu semua bahan di campurkan dan di kacau sehingga sebati.
  4. Bentukkan daun pisang yang sudah di layur dengan bentuk kon.
  5. Cucuk bahagian belakang dengan lidi.
  6. Satar ini boleh di bakar di atas tempat pemangggang atau tempat bbq.

      Selera Box
      Logo
      Reset Password
      Compare items
      • Total (0)
      Compare
      0