Resepi Sup Ayam Halia

Sup Ayam Halia sedap di makan ketika sup masih lagi dalam keadaan panas-panas. Apatah lagi ketika musim hujan dan di hidang bersama teh halia. Halia mempunyai beberapa khasiat yang baik terhadap kesihatan kita.

Antara khasiat halia adalah membuang angin yang terkumpul di dalam badan. Badan akan menjadi lebih bertenaga dan melancarkan sistem percernaan. Bagi wanita pula halia mampu memberi kelegaan semasa senggugut atau period pain.

No.Bahan-BahanKuantiti
1.Isi Ayam ( di potong kecil)5-6 ketul
2.Lada Hitam ( Di tumbuk hancur)1 sdb
3.Halia ( Di Parut )1 inci
4.Bawang Putih ( Di parut)3 ulas
5.Kunyit Hidup ( Di parut)1/2 inci
6.Halia ( Di hiris nipis)1 1/2 inci
7.GaramSecukup rasa
8.AirSecukupnya
9.Hirisan daun supIkut suka

Cara Membuat Sup Ayam Halia

  1. Bersihkan ayam dan dan ditoskan.
  2. Satukan kesemua bahan bersama ayam yang sudah di bersihkan di dalam satu bekas. Gaul dan perap sekurang-kurangnya satu jam.
  3. Masukkan ayam tadi ke dalam periuk dan tuang air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan kecilkan api bagi merenih sup ayam tersebut.
  4. Selepas itu,masukkan sedikit garam mengikut citarasa anda. Biarkan seketika dan tutup api.
  5. Letakkan daun sup atau daun bawang bagi menaikkan aroma sup tersebut.

Sup ayam ini boleh di makan bersama dengan nasi atau di hirup begitu sahaja.

Kredit resepi : Noor Azira Hasan

      Selera Box
      Logo
      Reset Password
      Compare items
      • Total (0)
      Compare
      0