Resepi Tauhu Begedil Dengan Sambal Kicap

Bahan-bahan
13 keping kulit popia saiz besar potong dua
ATAU
26 keping kulit popia saiz kecil
3/4 biji kentang – goreng & lenyekkan
2 daging burger – cincang dan stir fry kejap je
(kalau tak, guna isi ayam, ketam atau udang pon boleh)
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk kari
Garam sekucup rasa
Kalau nak pedas boleh letak 1 lada besar hiris halus
Daun sup & Daun Bawang (Ann tak letak 😁)

Cara gulung
1/3 kulit popia sapu air dan lipatkan.
Letak bergedil yg dibulatkan tadi di sebelah kiri…dan sapu air di hujung kanan.Lipat ke atas dan gulung.
Sapu air dan sambung gulung…siap.
Buat sehingga selesai dan …ketepikan.

Bahan celup sebelum goreng
2 biji telur
⅓ sudu kecil serbuk lada putih
Garam sikit
1 sudu kecil tepung jagung (xde pon xpe)

Goreng dgn minyak sederhana panas. Warna dah keperangan boleh angkat & toskan minyak.

Sambal kicap
3 lada besar
5 cili padi merah
3 ulas bawang putih
1 Bawang besar
1 cawan air
½ cawan kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
Gula 2 sudu besar

Kisar semua bahan untuk sambal kicap, dah kisar halus masak atas api, agak dah didih pekat cantik. Tutup api. Siap.

      Selera Box
      Logo
      Reset Password
      Compare items
      • Total (0)
      Compare
      0